suria

Teleskop Kepler Kesan 26 Planet Baru

WASHINGTON: Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) pada Jumaat mengesahkan bahawa misi Teleskop Kepler berjaya mengesan 26 planet baru di luar sistem solar bumi.

Agensi tersebut berkata, semua planet itu mengelilingi orbit yang kelihatan sangat rapat dengan pusat bintang untuk meneruskan hayat.

Kebanyakannya bertaburan di semua 11 sistem planet di angkasa lepas tetapi suhu planet itu mungkin terlalu panas untuk diduduki.

Ini kerana semua planet itu mengelilingi pusat bintang yang dekat dengan Zuhrah - planet kedua terletak dari Matahari yang mempunyai suhu permukaan 464 darjah Celsius.

Saintis NASA masih meneruskan misi tersebut sambil mengesahkan jumlah dua kali ganda bilangan planet sejak mula menjalankan misi itu pada 2009.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

11 Maut Dalam Runtuhan Bangunan

Artikel Lain