suria

Pengeluaran Honda Bagi 2011 Jatuh 20%

TOKYO: Honda Motor - pembuat dan pengeluar kereta ketiga terbesar di Jepun, mengumumkan kejatuhan pengeluaran sehingga 20% sepanjang tahun lalu.

Jumlah kenderaan yang dikeluarkan oleh Honda sepanjang 2011 ialah 2.91 juta unit dan jumlah ini tidak termasuk jenama motosikalnya.

Kejatuhan sebanyak 20% pengeluaran itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh gempa bumi dan tsunami yang melanda negara tersebut pada Mac tahun lalu, kenaikan nilai matawang yen dan juga oleh permintaan yang menurun di Eropah ekoran daripada kemalapan ekonomi.

Toyota, yang sebelum ini mengisytiharkan bahawa kedudukannya sebagai pengeluar kereta nombor satu dunia telah pun berakhir turut mengalami kejatuhan pengeluaran iaitu sebanyak 8.2%.

Toyota mengeluarkan sejumlah 7.86 juta unit kenderaan tahun lalu.

Nissan, yang kini dimiliki 44.3% oleh pembuat kereta Perancis Renault, adalah satu-satunya pembuat kereta Jepun yang memperlihatkan kenaikan jumlah pengeluaran kenderaan globalnya.

Ia mengeluarkan 4.63 juta unit kenderaan iaitu kenaikkan sebanyak 14.3% daripada tahun 2010.

Jualan global Nissan juga mencapai angka rekod iaitu sebanyak 4.67 juta unit kenderaan tahun lalu.

Pengeluar kereta keempat terbesar Jepun, Mitsubishi Motors pula mencatatkan jumlah pengeluaran kenderaan sebanyak 1.14 juta unit - jatuh 2.8% berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

11 Maut Dalam Runtuhan Bangunan

Artikel Lain