suria

Pengawal Sempadan Iran Tembak Mati 6 Pengembala Pakistan

QUETTA (Pakistan): Pengawal sempadan Iran telah menembak mati sekurang-kurangnya enam warga Pakistan dan mencederakan dua yang lain ketika mereka sedang merayau-rayau di kawasan terpencil di satu daerah di selatan negara itu.

"Kami menerima maklumat daripada polis sempadana bahawa sekurang-kurangnya lapan pengembala dari Perkampungan Sunsar bersama-sama binatang peliharaan mereka telah menyeberang ke sempadan Iran," kata Mujeebur Rehman, seorang pentadbir awam di bandar Gwadar, dekat sini kepada AFP.

Menurutnya, enam daripada pengembala itu telah terbunuh.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

11 Maut Dalam Runtuhan Bangunan

Artikel Lain