suria

Kasut Milik PM Gillard Di Iklankan Dalam eBay

SYDNEY: Sebelah kasut kepunyaan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard yang tercabut ketika beliau dibawa keluar secara tergesa-gesa oleh pasukan keselamatan semalam daripada sebuah bangunan sewaktu tunjuk perasaan yang dilancarkan oleh kaum Asli negara itu dikhuatiri mengancam keselamatan nyawanya telah diiklankan dalam eBay untuk beberapa jam pada Jumaat sebelum ia ditarik semula.

Yang menariknya, terdapat bidaan sehingga Aus$2,000 (AS$2,120) terhadap kasut berkenaan walaupun ia hanyalah sebelah kasut.

Laman web lelongan itu pada mulanya menerima tawaran untuk mengiklankannya dan meletakkan harga pembukaan pada Aus$148.

Bagaimanapun iklan itu hanya sempat memasuki alam maya untuk tempoh 25 minit sahaja sebelum eBay mengeluarkannya daripada sistem kerana khuatir ia adalah satu ‘gurauan’ dan juga kerana khuatir pemiliknya tidak dapat dikenalpasti atau tidak memberikan kebenaran untuk dijual.

"Kami kemudiannya mendapat tahu bahawa pemilik asal kasut tersebut adakah perdana menteri Australia tetapi penjual yang bertanggungjawab meletakkan kasut itu untuk diiklankan tidak dapat membuktikan bahawa mereka telah memperolehi kebenaran daripada pemilik asalnya untuk dijual," kata jurucakap eBay.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

11 Maut Dalam Runtuhan Bangunan

Artikel Lain