suria

Tentera Pakistan Bunuh 20 Militan

PARACHINAR: Pegawai rasmi kerajaan Pakistan berkata, pihak tenteranya telah membunuh sekurang-kurangnya 20 militan dalam satu serangan berhampiran sempadan Afghanistan.

Wajid Khan berkata, 22 anggota tenteranya turut cedera dalam pertempuran itu di barat laut kawasan puak Kurram.

Beliau berkata, pertempruan bermula apabila kumpulan militan Pakistan menyerang sebuah pos keselamatan.

Pihak tentera kembali membuat serangan dan membunuh 20 militan.

Jumlah kematian tidak boleh disahkan lagi berikutan pertempuran berlaku di kawasan pergunungan yang jauh untuk dilalui oleh wartawan.

Kurram dianggap sebagai asas utama bagi Taliban Pakistan.

Anggota-anggota pemberontak itu dipercayai bersembunyi di situ selepas melarikan diri daripada operasi tentera berhampiran dengan kawasan puak itu beberapa tahun lalu. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain