suria

Daily Mail Atasi NY Times Sebagai Portal Berita Paling Popular Dunia

WASHINGTON: Portal berita akhbar The New York Times untuk sekian lamanya dilihat sebagai peneraju global tetapi kini akhbar harian Britain, The Daily Mail sedang membuat impak yang besar sebagai portal berita paling popular di dunia.

Menurut angka yang baru dikeluarkan oleh firma pemantau laman portal, comScore, the Mail Online kini telah mendahului the Times dari segi pengunjung unik pada Disember tahun lalu dengan mencatatkan 45.35 juta pengunjung berbanding 44.8 juta pengunjung the Times.

Bagaimanapun jurucakap New York Times, Eileen Murphy dalam satu kenyataan balas segera menegaskan bahawa portal berita mereka kekal sebagai portal berita individu yang paling tinggi dikunjungi dalam dunia.

Selain kedua-dua portal berita itu, turut tersenarai sebagai portal berita paling popular di dunia oleh ComScore ialah USA Today (37.17 juta pengunjung unik) International Herald Tribune (32.83 juta) dan The Guardian UK (29.15 juta).

Artikel Berikut

Artikel Lain