suria

Jabatan Peguam Negara AS Dakwa Bekas Ejen CIA

WASHINGTON: Bekas ejen CIA yang membocorkan rahsia tentang cara agensi perisikan pusat itu menyeksa para tahanan Al-Qaeda secara rasminya didakwa oleh Jabatan Peguam Negara kerana membocorkan rahsia kerajaan.

John Kiriakou, yang berkhidmat bersama CIA antara 1990 hingga 2004, bertanggungjawab membocorkan teknik menyoal siasat CIA dan beberapa lagi dokumen rahsia kepada para wartawan termasuk teknik menyembur air kepada pemimpin Al-Qaeda, Abu Zubaydah dalam usaha untuk membuatnya bercakap.

Dalam pendakwaan yang dijalankan oleh Jabatan Peguam Negara pada Isnin, Kiriakou juga dituduh turut mendedahkan identiti dua lagi ejen CIA kepada para wartawan.

Perbuatan itu dilihat sebagai melanggari undang-undang persekutuan yang menyatakan adalah salah untuk mana-mana ejen mendedahkan identiti seorang ejen yang lain atau mendedahkan dokuman rahsia atau berbohong kepada agensi pusat.

Dia berhadapan dengan kemungkinan dipenjarakan sehingga 20 tahun jika didapati bersalah, kata Peguam Negara, Eric Holder.

Dalam temuramah dengan stesen televisyen ABC News pada Disember 2007, Kiriakou telah mendedahkan tektik penyeksaan CIA ke atas tahanan-tahanan Al-Qaeda sehingga mencetuskan perdebatan umum.

Artikel Lain