suria

Syarikat Penerbangan Zimbabwe Hadapi Pembubaran

HARARE: Media tempatan berkata, syarikat penerbangan negara Zimbabwe yang bermasalah akan diletakkan di bawah pengurusan kehakiman kemungkinan akan berhadapan dengan pembubaran.

The Sunday Mail melaporkan pada Ahad bahawa Mahkamah Tinggi di Harare melantik seorang ekskutif sebuah firma perakaunan untuk mengambil alih Air Zimbabwe sekali gus mengetepikan segala kuasa lembaga pengarah.

Laporan itu berkata, perintah mahkamah dikeluarkan pada Jumaat berikutan tuntutan pendapatan dan elaun yang tidak berbayar oleh para juruterbang dan kakitangan sehingga ASD35 juta (RM110.6 juta) sejak Januari 2009.

Bulan lalu, syarikat penerbangan yang diasaskan pada tahun 1964 dibayar sebanyak ASD1.2 juta (RM3.9 juta) untuk melepaskan sebuah pesawat bagi menanggung hutang di Britain.

Syarikat itu berhutang sebanyak ASD140 juta (RM442.39 juta) menyebabkan semua penerbangan dihentikan kecuali beberapa penerbangan domestik. – AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain