Nahdlatul Ulama Cadang Fail Semakan Undang-Undang Mengatakan Tembakau Beri Ketagihan - Dunia | mStar

Nahdlatul Ulama Cadang Fail Semakan Undang-Undang Mengatakan Tembakau Beri Ketagihan

JAKARTA: Nahdlatul Ulama (NU), pertubuhan Islam terbesar di Indonesia bercadang memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Perlembagaan Indonesia berhubung satu undang-undang yang kini menimbulkan kegelisahan dan rasa was-was sebilangan petani tembakau di republik itu.

Ia mahu mahkamah menyemak Fasal 113 Undang-Undang Kesihatan yang menyebut bahawa tembakau adalah komoditi yang mengandungi zat adiktif (ketagihan), yang menurut pendapat seorang pemimpin NU merupakan ungkapan yang secara tidak langsung meletakkan tembakau sejajar dengan daun ganja.

Fasal undang-undang itu telah menjadikan sebilangan petani tembakau berasa takut untuk menanam tembakau kerana undang-undang secara jelas melarang pengedaran ganja.

Setiausaha Lembaga Pengembangan Pertanian (LPP) NU, Imam Pituduh berkata langkah yang diambil oleh NU itu bertujuan menjadikan kehidupan petani tembakau kembali normal.

Selain mencabar undang-undang itu di mahkamah, NU juga akan memperjuangkan nasib para petani tembakau dari peringkat Kementerian Pertanian hingga ke peringkat Ketua Negara berhubung dasar dan peraturan yang boleh merugikan mereka.

Sebilangan petani tembakau dari beberapa kawasan seperti Temanggung, Madura dan Nusa Tenggara Barat telah mengadu kepada NU bahawa mereka sejak kebelakangan ini menjadi gelisah dengan fasal dalam undang-undang kesihatan itu, sedangkan sebelum ini mereka telah sejak turun temurun menanam tembakau dengan rasa tenang.

Petani tembakau di Madura sahaja menghasilkan kira-kira 18,000 tan tembakau setahun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Lelaki Tidak Sedar Paku Dalam Kepala

Artikel Berikut

Pemberontak Bunuh 13 Polis Di Timur India

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain