suria

Kematian Kedua Di China Akibat Selesema Burung Dalam Sebulan

BEIJING: Kementerian Kesihatan China berkata, negara itu kini mencatatkan kematian kedua akibat wabak selesema burung dalam tempoh sebulan.

Kementerian itu berkata, pesakit tersebut meninggal dunia pada Ahad di barat daya wilayah Guizhou selepas dimasukkan hospital pada 6 Januari.

Radio Hong Kong, RTHL memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan yang memaklumkan bahawa pesakit itu merupakan seorang lelaki berusia 39 tahun yang mengatakan dia tidak menyentuh ayam.

Seorang pemandu bas di bandar Shenzhen yang bersempadan dengan Hong Kong meninggal dunia pada 31 Disember lalu kerana selesema burung menjadikkannya sebagai kes kematian pertama akibat wabak itu di China dalam tempoh 18 bulan.

Minggu lepas, Vietnam melaporkan kematian pertama akibat selesema burung dicatatkan di negara itu sejak hampir dua tahun.

Kemboja pula mencatatkan kematian seorang budak lelaki berusia dua tahun pada minggu lalu. - AP

Artikel Lain