suria

Isteri Diplomat Congo Dijatuhkan Hukuman Penjara Kerana Seludup Rokok

TIMISOARA: Mahkamah di Romania mensabitkan kesalahan dengan hukuman penjara selama tiga setengah tahun terhadap isteri kepada seorang diplomat Congo kerana menyeludup rokok.

Mahkamah Timisoara pada Jumaat turut mensabitkan kesalahan terhadap pemandu Ester Pascaline, seorang warga Serbia manakala dua warga Serbia lagi dan tiga warga Romania dengan hukuman selama empat tahun.

Suami Pascaline iaitu Marc Marius Itela Elombola berkhidmat di kedutaan Congo di Serbia. Pendakwa juga telah mendakwanya yang tidak hadir ke mahkamah.

Pihak berkuasa Romania menjumpai sebanyak 1,800 karton rokok dalam kereta Pascaline pada Jun lalu.

Pascaline berkata, suaminya memberitahunya untuk mengiringi seorang lelaki Serbia dan menyerahkan rokok berkenaan di Romania di mana beliau dikatakan menerima sejumlah ASD2,065 (RM6,525.22).

Hukuman tersebut boleh dikemukakan rayuan. - AP

Artikel Lain