suria

Polis Thailand Rampas 3.8 Juta Pil Syabu

BANGKOK: Polis merampas sebanyak 3.8 juta tablet dadah jenis syabu menjadikannya sebagai rampasan dadah terbesar di Thailand sejak bertahun-tahun.

Nilai rampasan itu dianggarkan lebih daripada satu bilion baht atau ASD3.17 juta (RM10.02 juta).

Polis Major General Comronwit Toopgrajank berkata, pil-pil berkenaan bersama dengan 71 kilogram kristal ‘meth’ ditemui disembunyikan dalam rumah kosong di pinggir utara Bangkok.

Polis membuat serbuan di rumah itu pada Sabtu selepas mengesan seorang pemandu yang meninggalkan kenderaannya selepas kejadian kejar-mengejar.

Thailand merupakan pasaran utama dan tumpuan transit bagi dadah jenis syabu di mana kebanyakannya dihasilkan dari negara jiran Myanmar. – AP

Artikel Berikut

Artikel Lain