suria

Polis Croatia Huraikan Perhimpunan Anti EU

Ratusan penunjuk perasaan anti EU menyertai perhimpunan di tengah bandar Zagreb, Croatia pada Sabtu. - AP.

ZAGREB: Polis bertempur bagi menghuraikan kumpulan penunjuk perasaan nasionalis yang cuba untuk menurunkan bendera Kesatuan Eropah (EU) pada malam sebelum referendum keanggotaan negara dalam kesatuan itu.

Pertembungan itu berlaku pada akhir perhimpunan batahan yang disertai oleh kira-kira 1,000 orang di mana kebanyakannya merupakan veteran perang dan penunjuk perasaan sayap kanan yang menentang Croatia menyertai EU.

Beberapa orang cedera dan ditahan.

Insiden yang berlaku menambah ketegangan menjelang referendum pada Ahad mengenai penyertaan Croatia dalam EU pada 2013. Kaji sedilik terbaru mengatakan bahawa kira-kira 60 peratus rakyat Croatia adalah pro EU.

Penunjuk perasaan membawa sepanduk “Tidak Kepada EU” dan melaungkan slogan anti EU di ibu negara Zagreb.

Polis bersikap campur tangan terhadap kumpulan yang terdiri daripada berpuluh-puluh orang yang berarak untuk menurunkan bendera EU dari tiang berdekatan. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain