suria

Bilangan Kecederaan Gempa Bumi Iran Meningkat Ke 230

TEHRAN: Stesen televisyen Iran berkata, bilangan mangsa yang cedera akibat gempa bumi dengan kekuatan sederhana pada Khamis dan menjejaskan bandar timur laut Neyshabour telah meningkat kepada kira-kira 230 orang.

Menurut laporan pada Jumaat, seramai 30 mangsa yang cedera telah dimasukkan ke hospital, sementara yang lain mengalami kecederaan kecil dan dibebaskan.

Sehingga kini tiada kematian dilaporkan.

Stesen televisyen itu juga melaporkan bahawa ramai penduduk bandar terpkasa bermalam dalam khemah yang dibina di tepi-tepi jalan dan kawasan lapang, bimbang berlakunya lanjutan gegaran.

Sejak gempa bumi dengan magnitud 5.5 melanda pada tengah hari Khamis, bandar dengan jumlah penduduk seramai 220,000 tersebut dikejutkan dengan kira-kira 75 gempa susulan kira-kira 550 batu (900 kilometer) dari timur laut Tehran.

Iran terletak pada garis seismik dan terdedah kepada ancaman gempa bumi, mengalami sekurang-kurangnya satu gempa bumi kecil sehari secara purata.

Artikel Berikut

Artikel Lain