suria

Tiga Serangan Jerung Di Australia Dalam Tempoh Kurang Tiga Minggu

SYDNEY: Seekor jerung harimau sepanjang tiga meter telah menyerang seorang perenang di pantai Australia menjadikannya sebagai serangan ketiga bulan ini.

Jumlah itu dilihat menyamai dengan serangan haiwan bagi sepanjang tahun.

Polis Barat Australia, Sarjan Gerry Cassidy berkata, lelaki terbabit berenang di sebuah lagun di Coral Bay pada Khamis apabila lengannya digigit oleh jerung. Manakala serangan pada bahagian kiri mengakibatkan kecederaan teruk.

Jurucakap Royal Flying Doctor Service, Joanne Hill berkata, doktor membuat pemeriksaan terhadap lelaki yang berusia 26 tahun itu bagaimanapun kecederaan yang dialaminya tidak mengancam nyawa dan beliau berada dalam keadaan stabil.

Serangan itu berlaku sehari selepas seorang peluncur diserang oleh seekor jerung di luar pantai timur Australia.

Manakala seorang peluncur lagi telah diserang di utara pantai Sydney pada 3 Januari lalu. - AP

Artikel Lain