suria

Lambat Bertindak Ancam Nyawa Dalam Kebuluran Di Afrika Timur

NAIROBI: Beribu-ribu orang, lebih separuh daripada mereka adalah kanak-kanak, mati dengan sia-sia dan jutaan dolar telah dibazirkan kerana masyarakat antarabangsa tidak bertindak balas terhadap amaran awal krisis makanan yang berlaku di Afrika Timur, menurut agensi-agensi bantuan dalam satu laporan yang dikeluarkan pada Rabu.

Kebanyakan penderma yang kaya di beberapa negara hanya menunggu sehingga krisis itu berlaku sebelum menderma sejumlah besar wang, kata laporan oleh Oxfam and Save the Children.

Kekurangan makanan telah diramalkan seawal Ogos 2010 tetapi kebanyakan penderma tidak bertindak balas sehingga berlakunya kebuluran yang diisytiharkan di beberapa bahagian di Somalia pada Julai 2011.

Menurut laporan itu yang ditulis oleh dua kumpulan bantuan yang terkenal walaupun menyalahkan agensi-agensi bantuan mengatakan mereka amat lambat untuk menyegerakan tindakan.

“Kami semua bertanggungjawab menanggung kelewatan ini yang mengancam nyawa di Afrika Timur dan perlu belajar terhadap tindakan yang lambat ini,” kata ketua Oxfam, Barbara Stocking.

Agensi-agensi bantuan berkata, terdapat ramai penderma yang mahu melihat bukti bahawa terdapat satu masalah kemanusiaan.

Ini menyebabkan dana tidak mencukupi sekali gus melambatkan tindakan terhadap krisis kira-kira enam bulan.

Kini, terdapat tanda-tanda yang jelas bahawa terdapat krisis kebuluran yang akan berlaku di Afrika Barat, kata ketua Save the Children (Selamatkan Kanak-Kanak), Justin Forsyth.

Laporan tersebut menjelaskan bahawa krisis makanan di rantau Afrika Barat yang dikenali sebagai Sahel berlaku ekoran kemarau dan harga makanan yang tinggi.

Agensi-agensi perlu mengamalkan seperti apa yang diteladani dalam krisis Somalia, kata laporan itu. - AP

Artikel Lain