suria

Sekurang-Kurangnya Sembilan Terkorban Bedilan Jet Di Somalia

MOGADISHU: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh selepas jet-jet mengebom kem militan di selatan Somalia, menurut saksi kejadian.

Saksi, Noh Haji berkata, jet-jet terbabit telah membedil kubu dan menyebabkan khemah kepunyaan militin al-Qaeda yang mempunyai kaitan dengan kumpulan al-Shabab di Somalia terbakar.

Dia berkata, dia melihat sekurang-kurangnya sembilan mayat telah diusung keluar oleh pejuang-pejuang al-Shabab selepas serbuan dilakukan di bandar Afmadow, lewat Isnin.

Serbuan di Afmadow dibuat sehari selepas penduduk berkata lima kanak-kanak dan dua pejuang di Jilib, sebuah lagi bandar di selatan Somalia terkorban akibat bedilan jet.

Seorang jurucakap tentera Kenya mengesahkan serbuan Jilib tetapi berkata ianya hanya membunuh militan.

Bagaimanapun beliau tidak bersedia mengulas mengenai serbuan di Afmadow.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain