suria

Los Angeles Bersedia Lulus Ordinan Bintang Porno Guna Kondom

LOS ANGELES: Majlis Bandaraya Los Angeles bersedia untuk memberikan kelulusan akhir untuk ordinan kontroversi yang memerlukan pelakon dalam filem-filem tontonan dewasa untuk menggunakan kondom.

Ordinan tersebut diluluskan buat sementara waktu oleh majlis dengan undi sebanyak 11-1.

Sekiranya ahli-ahli majlis sekali lagi bersetuju pada mesyuarat hari Selasa depan, ia akan dihantar kepada Datuk Bandar untuk ditandatangani.

Peguambela ordinan berkata langkah itu diperlukan untuk mencegah penyebaran HIV dalam industri filem untuk tontonan dewasa yang bernilai jutaan dolar dan kebanyakannya berpusat di Los Angeles.

Persatuan perdagangan industri porno, Gabungan Ucapan Bebas, berkata kondom tidak diperlukan.

Sebaliknya, kumpulan mencadangkan supaya ujian konsisten penyakit kelamin dijalankan terhadap pelakon seks.

Dikatakan tiada kes-kes HIV yang disahkan dalam industri porno dalam tempoh lima tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain