suria

Tempat Awam Di Thailand Selamat:Yingluck

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra pada Ahad memberi jaminan bahawa tempat awam di ibu negara itu selamat untuk orang ramai dan pelancong.

Beliau berkata demikian ekoran amaran yang dikeluarkan Amerika Syarikat (AS) berhubung kemungkinan berlakunya serangan pengganas di negara itu.

"Saya meminta pihak berkuasa untuk memantau situasi itu dengan terperinci," katanya kepada pemberita ketika lawatan ke Chiangmai.

Menurutnya, beliau telah mengarahkan Kementerian Luar untuk menjelaskan perkara itu kepada negara lain bagi memastikan industri pelancongan Thailand tidak terjejas.

Kedutaan AS di Thailand menerusi laman webnya pada Jumaat mengeluarkan amaran kepada rakyatnya bahawa pengganas asing bersedia untuk melakukan serangan terhadap pelancong di negara itu.

Beberapa negara termasuk Israel dan Australia turut mengeluarkan amaran keselamatan kepada rakyatnya di negara itu.

Berikutan amaran itu, pihak berkuasa Thailand menahan suspek pengganas warga Lebanon di lapangan terbang Suvarnabhumi di sini pada Sabtu ketika lelaki itu cuba meninggalkan negara itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain