suria

Polis Jepun Siasat Mayat Yang Dipotong Kemaluannya

TOKYO: Polis Tokyo pada Isnin sedang melakukan siasatan selepas menjumpai mayat seorang lelaki yang berbogel di mana kemaluannya telah dipotong menggunakan pisau dapur, lapor media Jepun.

Mayat lelaki berusia 49 tahun itu telah ditikam beberapa kali di dada dan perut ditemui terbaring di atas katil di sebuah apartment di barat bandar itu, lapor NHK.

Kemaluan lelaki itu ditemui di bawah katil dan pisau yang berlumuran dengan dadrah juga dijumpai di dalam bilik, kata Jiji Press yang memetik sumber polis.

Jurucakap Polis Metropolitan Tokyo mengesahkan kepada AFP bahawa pegawai-pegawainya sedang menyiasat kematian yang pelik itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain