suria

Petugas PBB Diculik Di Sanaa

OSLO: Seorang warga Norway yang bertugas untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata di ibu negara, Sanaa, Yemen pada Ahad.

Jurucakap Kementerian Luar Norway, Frode Overland Andersen berkata, kementerian itu dimaklumkan bahawa lelaki berusia 34 tahun itu diculik, awal pagi Ahad.

Bagaimanapun, mereka enggan memberikan butiran lanjut mengenai insiden itu.

Menurut pihak berkuasa Yemen, lelaki terbabit diculik di ibu negara, Sanaa oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang membawanya ke wilayah Marib.

"Penculik itu menuntut supaya seorang rakan mereka yang ditahan selepas terlibat dalam pengeboman saluran paip di Marib dibebaskan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain