suria

Pakar Australia Saran Amaran Kesihatan Pada Minuman Bertenaga

SYDNEY: Pakar-pakar penyelidik di Australia pada Isnin menyarankan supaya amaran kesihatan ke atas minuman bertenaga yang mengandungi kagein berikutan bilangan mereka yang dilaporkan mempunyai masalah kesihatan selepas meminumnya meningkat.

Profesional kesihatan dari Universiti Sekolah Perubatan Sydney dan Pusat Maklumat Racun South Wales berkata, laporan mereka yang menerima kesan sampingan daripada minuman seperti Red Bull dan V meningkat dari 12 pada tahun 2004 ke 65 pada 2010.

Sejak lebih tujuh tahun sehingga 2010, sebanyak 297 panggilan yang mendapatkan bantuan dilaporkan dengan sekurang-kurangnya 128 orang dimasukkan ke hospital kerana simptom-simptom termasuk jantung berdegup kencang, tekanan dan gangguan pada perut.

Daripada jumlah itu, 20 orang mengalami isu-isu yang lebih serius seperti sawan dan halusinasi.

Satu kajian yang diterbitkan di Medical Journal of Australia berkata, secara purata mereka yang menerima kesan itu adalah pada usia 17 tahun kerana sering mencampurkan minuman bertenaga dengan alkohol.

“Kajian kami menunjukkan sejauh mana masalah ini yang semakin meluas di Australia menerusi penggunaan minuman bertenaga dan ketoksikan terutama di kalangan remaja,” seperti yang dinyatakan oleh penulis kajian itu.

“Pihak berkuasa kesihatan seharusnya meningkatkan kesedaran mengenai masalah itu, memperbaiki label pakej dan mengawal kandungan kafein memandangkan terdapat bukti yang jelas mengenai ketoksikan dan peningkatan bilangan mereka yang dimasukkan ke hospital kerana pengambilan minuman bertenaga.”

Mereka mencadangkan bahawa “pelabelan dan apa-apa pemasaran produk ini perlu diberikan amaran kesihatan yang bersesuaian dengan talian hotline pusat racun negara.”

Setin minuman bertenaga boleh mengandungi sehingga 300 miligram (mg) kafein berbanding purata antara 65 sehingga 130 mg untuk secawan kopi – dan pengarah kesihatan Pusat Racun, Naren Gunja disarankan untuk meneliti peraturan lebih menyeluruh.

“Perkara yang dilihat adalah berapa banyak kafein yang terkandung dalam minuman itu, berapa banyak yang anda beli, berapa usia yang anda perlu beli, sepatutnya mempunyai had umur untuk dijualkan minuman itu,” katanya. - AF

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain