suria

Miss Wisconsin Menang Pertandingan Ratu Cantik Amerika

Miss Wisconsin Laura Kaeppeler membuat lambaian selepas dimahkotakan sebagai Miss America 2012 pada Pertandingan Ratu Cantik Amerika di Las Vegas. Foto REUTERS

LAS VEGAS: Ratu cantik berusia 23 tahun dari Kenosha, Wisconsin dimahkotakan sebagai Ratu Cantik Amerika di Las Vegas pada malam Sabtu.

Laura Kaeppeler memenangi gelaran itu selepas memperagakan bikini putih dan gaun petang dengan manik hitam serta menyanyikan opera dan menjawab soalan mengenai sama ada ratu cantik perlu mengistiharkan politik mereka namun menjawab Miss America mewakili semua.

“Miss America mewakili semuaa. Oleh itu, saya fikir mesej kepada calon politik adalah mereka sepatutnya perlu mewakili semua.

“Dan dengan keadaan ekonomi sekarang, kita semua perlu memandang ke hadapan terhadap apa yang diperlukan oleh Amerika dan saya berpendapat Miss America perlu untuk mewakili semua,” katanya.

Miss Oklahoma, Betty Thompson mendapat gelaran tempat kedua sementara Miss New York, Kaitlyn Monte menduduki tempat ketiga.

Kaeppeler memenangi biasiswa berjumlah ASD50,000 ( RM157,995.69) dan mendapat gelaran ratu cantik itu selama setahun.

Peranannya pada pertandingan itu adalah memberi sokongan dan menjadi mentor kepada kanak-kanak di mana ibu bapa mereka dipenjarakan.

Ratu Cantik Amerika yang baru ini akan terlibat dalam jelajah ke seluruh negara untuk bercakap kepada beberapa kumpulan berbeza dan mengumpul dana bagi Children’s Miracle Network, kebajikan rasmi bagi Organisasi Miss America. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain