suria

Presiden Taiwan Menang Semula Pilihan Raya

TAIPEI: Presiden Taiwan Ma Ying-jeou memenangi semula pilihan raya sengit pada Sabtu, dengan membawa mesej kemakmuran dan memanfaatkan hubungan dengan China menewaskan calon pihak pembangkang.

Dengan kiraan undi menghampiri jumlah 90 peratus, Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat secara rasmi mengumumkan Ma mendapat 51.0 peratus daripada jumlah keseluruhan berbanding 46.3 peratus undi untuk pencabar terdekatnya dari Parti Progresif Pembangkang, Tsai Ing-wen. Calon ketiga, James Soong, mendapat 2.7 peratus undi.

"Ini bukan kemenangan peribadi saya, kemenangan ini milik semua rakyat Taiwan," Ma memberitahu beribu-ribu penyokongnya yang bergembira di pusat bandar Taipei.

"Mereka beritahu kami bahawa kami sedang berada di landasan yang betul."

Pilihan raya tuntutan Ma berkisar kepada dasar menandatangani perjanjian ekonomi berteknologi tinggi Taiwan dengan pasaran lumayan China yang dianggap memberi manfaat kepada 23 juta penduduk pulau demokrasi itu.

Kemenangan Ma jugadisambut baik Amerika Syarikat sebagai rakan kongsi keselamatan Taiwan yang paling penting.

Washington melihat Ma sebagai pertaruhan yang selamat untuk menjaga keamanan dengan Beijing.

Artikel Lain