suria

Libya Nafi Terima Aset Gaddafi Bernilai AS$20 Bilion

TRIPOLI: Gebenor Bank Pusat Libya pada Jumaat menafikan menerima eset Muammar Gaddafi bernilai AS$20 bilion yang disimpan di luar negara dan dibekukan ketika tercetus konflik yang membawa kepada kejatuhan pemimpin itu, tahun lalu.

“Kami tidak menerima dana itu. Sebagai Bank Pusat, kami tidak pernah menerima AS$20 bilion,” kata gebenor Bank Pusat, Al-Seddiq Omar al-Kabir kepada pemberita apabila diminta mengesahkan bahawa kerajaan Libya sudah menerima wang berkenaan seperti yang diumumkan Menteri Luar, Ashur bin Khayyal, Selasa lalu.

Khayyal berkata, kerajaan baru Libya sudah menerima sekitar AS$20 bilion yang sebelum ini dibekukan dari Amerika Syarikat, Perancis dan beberapa negara Eropah lain.

Artikel Lain