suria

Kerajaan Thailand Tahan Suspek Hezbollah

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand pada Jumaat memberkas seorang warga Lubnan dipercayai ada kaitan dengan rangkaian suspek pengganas Hezbollah selepas Amerika Syarikat memberi amaran mengenai serangan pengganas ke atas pelancong di negara itu.

“Pengganas asing mungkin mengadakan serangan ke atas pelancong di sekitar Bangkok di masa depan," kata kenyataan yang dikeluarkan Kedutaan Amerika Syarikat di Bangkok dalam laman webnya pada Jumaat.

“Warga Amerika diminta lebih berhati-hati apabila melawat kawasan awam yang terdapat ramai kumpulan pelancong Berat di sekitar kota raya Bangkok," kata laman web itu.

Seorang pegawai kanan perisikan Thai yang enggan namanya disiarkan berkata, kerajaan Thailand sudah dimaklumkan perkara itu sebelum sambutan Tahun Baru oleh Israel mengenai kemungkinan amcaman itu.

Suspek berkenaan ditahan Khamis lalu manakala seorang lagi dikatakan sudah melarikan diri keluar dari Thailand.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Chalerm Yubamrung memberitahu AFP, suspek berkenaan kini ditahan untuk disoal siasat pihak keselamatan Thai.

“Kami sudah menahan salah seorang suspek dan kini disoal siasat di bangunan kerajaan di Bangkok. Dia seorang Hezbollah dari Lubnan," katanya.

Artikel Lain