suria

Polis Tajikistan Rampas Lebih 100 Kilogram Dadah

DUSHANBE: Pihak berkuasa di Tajikistan memberitahu bahawa mereka telah merampas dadah jenis kanabis dan heroin lebih 100 kilogram yang diseludup masuk dari negara jiran Afghanistan.

Menurut Agensi Kawalan Dadah Kebangsaan, bahan narkotik itu ditemui pada Rabu apabila ia disembunyikan dalam hampir 200 bekas plastik yang kelihatan seperti buku dalam bas mini di ibu negeri Tajikistan.

Rampasan itu meliputi 100 kilogram kanabis dan dua kilogram heroin.

Tajikistan merupakan laluan utama bagi pengedaran dadah secara haram dari Afghanistan ke Rusia dan seterusnya Eropah dan pihak berkuasa sedang berusaha untuk membanteras kegiatan itu. - AP

Artikel Sebelum