suria

Pemandu Dan Penumpang 'Tak Diisytihar' Ditahan Di Pusat Pemeriksaan Singapura

SINGAPURA: Seorang pemandu lelaki berusia 28 tahun ditahan di sini awal hari Jumaat bersama seorang rakyat Bangladesh berusia 33 tahun kerana cuba membawanya keluar dari republik ini secara haram.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata mereka ditangkap dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang didaftarkan di Malaysia di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 2.30 pagi.

Ketika pemandu itu keluar dari kereta untuk pemeriksaan, dia kelihatan agak gementar, kata ICA.

Tingkap kenderaan itu juga didapati gelap, katanya.

"Pegawai-pegawai ICA meneruskan pemeriksaan terhadap kenderaan itu dan mendapati seorang lelaki duduk dalam keadaan membongkok di tempat duduk belakang".

Pemandu dan penumpang ditahan serta merta.

ICA berkata siasatan awal menunjukkan pemandu itu telah dijanjikan bayaran SG$1,500 untuk membawa pesalah imigresen itu keluar dari Singapura. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain