suria

Nada Dering Hentikan Persembahan Filharmonik New York

NEW YORK: Nada dering telefon mudah alih dilihat sebagai bunyi yang paling ditakuti pada mana-mana persembahan langsung.

Perkara itu berlaku pada malam Selasa di Avery Fisher Hall, Lincoln Centre sewaktu pergerakan akhir bagi simfoni kesembilan Gustav Mahler oleh Filharmonik New York.

Konduktor muzik, Alan Gilbert terpaksa memberhentikan orkestra berkenaan sehingga nada dering telefon itu tidak berbunyi lagi.

The Wall Street Journal melaporkannya apabila telefon iPhone dengan nada dering jenis “Marimba” berbunyi menyebabkan Gilbert memalingkan mukanya untuk memberi isyarat tidak puas hati.

Bagaimanapun nada dering yang didengari dari barisan pertama itu terus berbunyi sehingga beberapa minit.

Gilbert kemudiannya meminta pemilik telefon itu supaya mematikan nada dering di mana persembahan orkestra dihentikan sehingga arahan itu dipatuhi.

Filharmonik berkata, ia merupakan kali pertama pengarah muzik menghentikan persembahan yang disebabkan oleh gangguan daripada telefon mudah alih atau gangguan lain. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain