suria

Lelaki Lubnan Disyaki Mengintip Untuk Israel

BEIRUT: Media Lubnan melaporkan tentera telah menahan seorang lelaki Lubnan kerana disyaki bekerjasama dengan Mossad agensi perisikan Israel.

Agensi Berita Negeri Nasional mengenal pasti lelaki yang ditahan pada awal minggu ini sebagai Elias Younes, pesara daripada syarikat telekomunikasi negeri Ogero.

Laporan pada Khamis memetik pegawai keselamatan sebagai berkata lelaki berkenaan disoal siasat tetapi tidak didakwa.

Televisyen Hezbollah Al-Manar menyifatkan Younes sebagai “dalang” dan berkata dia telah berurusan dengan Israel untuk lebih 35 tahun bagi membekalkan maklumat berkaitan dengan keselamatan marin.

Pegawai Lubnan mendakwa bahawa Israel kerap merekrut perisik di Lubnan dan telah menembusi rangkaian telekomunikasi.

Kedua-dua negara kini masih dalam situasi tegang. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain