suria

Jualan iPhone 4S Dihentikan Akibat Kemarahan Pelanggan

BEIJING: Apple Inc menghentikan seketika jualan iPhone 4S di premis-premis di tanah besar China pada Jumaat selepas terdapat pelanggan dan kumpulan bertindak membaling telur di kedai utama syarikat yang terletak di Beijing.

Keadaan huru-hara tercetus selepas premis tersebut gagal untuk memulakan operasi mengikut jadual yang ditetapkan iaitu pada pukul 7.00 pagi.

Beratus-ratus orang pelanggan telah menunggu semalaman dalam cuaca yang sejuk di premis di daerah Sanlitun yang terletak di sebelah timur Beijing yang menawarkan peluang untuk pelanggan membeli telefon pintar mewah itu.

Syarikat itu berkata pembukaan premis dibatalkan kerana kebimbangan keselamatan memandangkan beratus-ratus pelanggan sedang menunggu.

Apple mengumumkan iPhone 4S tidak akan dijual di kedai-kedai tanah besar China buat masa ini sebagai melindungi keselamatan pelanggan dan pekerja.

Walau bagaimanapun, telefon tersebut masih dijual dalam talian dan melalui syarikat pembekal tempatan. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain