suria

Semburan Mulut Boleh Atasi Pengambilan Kanabis:Penyelidik Australia

MELBOURNE: Penyelidik Australia mula menghasilkan drug untuk mengawal pengambilan dadah jenis kanabis atau ganja, yang dikatakan mereka kajian pertama seumpamanya di dunia.

Drug dikenali Sativex itu yang dihasilkan daripada ekstrak kanabis botani digunakan secara semburan mulut dan sedang diuji di Sydney dan Newcastle.

Pengarah Pusat Maklumat dan Pencegahan Kanabis Australia Prof Jan Copeland berkata tidak ada drug khusus untuk pengguna tetap kanabis.

"Jika kami dapat membuktikan Sativek berfaedah dalam situasi yang sangat terkawal, kami akan melakukan percubaan dalam komuniti," katanya yang dipetik Australian Associated Press.

"Jika ujian itu juga berjaya, buat pertama kali kita akan memiliki ubatan khusus untuk pemulihan penagihan kanabis," katanya.

Proses pemulihan merupakan halangan besar kepada pengguna tetap kanabis apabila mereka cuba berhenti.

Simptom utama ialah kesukaran untuk tidur, selain perasaan sering berubah-ubah serta mengidam.

"Walaupun tidak mengancam nyawa, simptom ini boleh menyebabkan tekanan perasaan dan seterusnya menyebabkan mereka kembali menggunakan dadah itu," kata Prof Copeland.

Katanya memandangkan Sativex ialah semburan mulut, penggunaannya tidak mengancam sistem pernafasan sepertimana menghisap kanabis.

Artikel Berikut

Artikel Lain