suria

Mayat Wanita Dalam Beg Ditemui Di Lapangan Terbang Manila

MANILA: Polis Filipina sedang menyiasat kes pembunuhan ngeri yang berlaku di tempat letak kereta lapangan terbang Manila yang mana mayat seorang wanita disumbat dalam sebuah beg.

Seorang pegawai polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino berkata, wanita itu kelihatan seperti rakyat Filipina dan menunjukkan tanda-tana dicekik hingga mati sebelum disumbat seperti kedudukan janin dalam bagasi.

Seorang pegawai, Joselito Mutya berkata pihaknya tidak boleh memastikan serta-merta identiti wanita kerana ia tidak dapat ditentukan melalui nama wanita yang terdapat pada tag beg tersebut.

Seorang pengawal keselamatan pada awal pagi Rabu mendapati sebuah bagasi di kawasan yang dipenuhi pokok-pokok dan terlindung dari kamera keselamatan lapangan terbang.

Beg itu dibuka selepas pakar bom dan anjing pengesan mendapati tiada kesan bahan letupan atau dadah di dalamnya. - AP

Artikel Lain