suria

Polis UK Uji Seludup Bom Palsu Ke Kawasan Olimpik

LONDON: Polis United Kingdom (UK) telah berjaya menyeludup bom palsu ke kawasan Sukan Olimpik dalam satu ujian keselamatan sempena satu mesyuarat khas Kabinet di Olympic Park menandakan 200 hari lagi menjelangnya Sukan Musim Panas itu.

Polis UK menjalankan ujian yang menyeludup peranti tersebut ke ruang utama.

Walaupun Penguasa Penyampaian Olimpik enggan mengulas sama ada bom palsu turut terbabit, mereka hanya berkata ia merupakan “satu latihan standard sebagai ujian” di kebanyakan operasi keselamatan.

Penganjur berkata, “ujian itu mempunyai peranan penting dalam membangunkan keupayaan kita untuk memastikan bahawa London 2012 adalah selamat dan terjamin.”

Ancaman keganasan merupakan kebimbangan keselamatan terbesar untuk acara Sukan Olimpik. - AP

Artikel Lain