suria

Penyertaan Indonesia Dalam AANZFTA Dijangka Tingkatkan Perdagangan

MELBOURNE: Indonesia menyertai Perjanjian Perdagangan Bebas Asean-Australia-New Zealand (AANZFTA) pada Selasa.

Di bawah perjanjian itu, bahagian eksport Australia yang memasuki Indonesia dijangka meningkatkan kepada 80 peratus daripada 56 peratus, dan kemudiannya kepada 92 peratus menjelang 2015.

Lima peratus lagi eksport Australia akan mempunyai tarif tidak lebih daripada lima peratus.

Menteri Perdagangan Australia Dr Craig Emerson dalam satu kenyataan berkata Indonesia diunjur menjadi antara 10 ekonomi utama dunia menjelang 2030.

Kira-kira 99 peratus daripada eksport Indonesia ke Australia tidak akan dikenakan tarif bermula hari ini, dan akan meningkat kepada 100 peratus apabila perjanjian itu yang merangkumi barangan, perkhidmatan, pelaburan dan harta intelek, dilaksanakan sepenuhnya.

Emerson berkata terdapat banyak peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan antara Australia dan Indonesia.

Indonesia merupakan pasaran eksport ke-11 terbesar Australia, dengan negara Asia itu membeli A$2.48 bilion barangan Australia dalam tempoh lima bulan hingga 30 Nov.

Artikel Lain