suria

GM Catat Rekod Jualan Di China Tahun Lalu

SHANGHAI: Gergasi auto Amerika Syarikat, General Motors (GM) pada Isnin mengumumkan catatan rekod jualan di China bagi tahun 2011.

GM dan rakan kongsinya di China telah berjaya menjual 2.55 juta unit kenderaan tahun lalu iaitu pertambahan sebanyak 8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sejumlah 2.35 juta pelbagai jenama GM telah berjaya dijual di China pada tahun 2010, demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.

China, telahpun mengatasi Amerika sebagai pasaran paling tinggi automotif dunia pada tahun 2009 kini menjadi semakin penting kepada jenama-jenama besar dunia seperti GM dan Kumpulan Volkswagen.

Untuk bulan Disember yang lalu sahaja, jualan kenderaan GM di China meningkat sehingga 9.8 peratus iaitu 196,797 unit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain