suria

Stringer Bakal Lepaskan Jawatan Presiden Di Sony

TOKYO: Howard Stringer, yang mengetuai syarikat gergasi permainan, muzik dan peralatan elektronik Jepun, Sony, meletak jawatan sebagai presiden firma itu dan kekal sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), menurut laporan, Sabtu.

Langkah ini sebagai meletakkan pengganti Kazuo Hirai yang kini memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden Eksekutif di bahagian permainan dan muzik mengambil alih kedudukan teratas syarikat itu.

Sony merancang penyusunan semula secara drastik di bawah Hirai dan cuba mengaut kembali keuntungan, menurut harian ekonomi Nikkei setelah melihat kumpulan tersebut mengalami kerugian empat tahun berturut-turut sehingga tahun berakhir Mac.

Sony berada dalam keadaan cemas apabila jualan televisyennya mengalami penurunan. Mereka juga mengalami serangan Yen dan penggodam yang menggodam rangkaian PlayStation, bencana gempa bumi dan tsunami di Jepun serta banjir di Thailand tahun lepas.

Stringer menjadi pengerusi dan ketua eksekutif pada tahun 2005 dan menjadi ketua bangsa asing pertama di Sony, dan menambah jawatan sebagai presiden pada tahun 2009.

Beliau yang berusia 69 ini telah menolak spekulasi bahawa beliau akan meletak jawatan pada akhir tahun.

Agensi berita, Jiji Press berkata beliau memutuskan untuk melepaskan jawatan presiden kerana penguasaan luar biasa beliau memegang tiga jawatan tertinggi syarikat.

Hirai, 51, telah menghabiskan kebanyakan kerjayanya dalam bidang permainan video, filem dan muzik Sony serta perniagaan perisian lain dan memainkan peranan utama dalam membangunkan PlayStation pada tahun 1990-an.

Beliau telah dinaikkan pangkat ke jawatan Timbalan Presiden pada bulan April tahun lepas setelah para penganalisis melihat usahanya yang memberi isyarat bahawa beliau banyak memberi tumpuan terhadap memasukkan kandungan ke beberapa platform dan perkakaksan seperti permainan konsol, telefon pintar dan komputer tablet.

Tahun lalu, Stringer menyatakan bahawa Hirai merupakan calon paling menyerlah untuk menjadi pemimpin Sony.

Syarikat ini bagaimanapun tidak akan mengesahkan laporan pada hari Sabtu, berdasarkan satu kenyataan yang dikeluarkan - "tiada apa yang telah ditentukan pada masa ini".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain