suria

Presiden Argentina Bebas Daripada Kanser Tiroid

BUENOS AIRES: Presiden Argentina, Cristina Fernandez disahkan bebas daripada penyakit kanser.

Selepas selamat menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kelenjar tiroid, pemeriksaan menunjukkan tiada tanda-tanda sel kanser.

"Ujian ke atas tisu tersebut mengesahkan tiada sel kanser dalam tiroid sekaligus menolak khabar angin terdahulu," kata jurucakap di pejabat Presiden, Alfredo Scoccimarro.

Fernandez dilaporkan tidak perlu mengambil iodin radioaktif yang kebiasaannya disuntik kepada pesakit selepas pembedahan kanser tiroid untuk memastikan sel kanser itu tidak merebak.

Namun, beliau terpaksa mengambil ubat hormon setiap hari.

Fernandez kembali ke kediamannya di Olivos pada Sabtu.

Dia menjalani pembedahan pada Rabu, hanya selepas 25 hari memulakan pemerintahan penggal keduanya.

Presiden berusia 58 tahun itu menerusi jurucakapnya dipetik sebagai berkata, mengucapkan ribuan terima kasih kepada pakar bedah, Dr Pedro Saco dan pembantunya yang terlibat dalam pembedahan tersebut.

Dalam tweetnya, Fernandez berkata;"kini dari Olivos, kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang prihatin terhadap masalah kesihatan saya."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain