suria

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Merpati Tergelincir Landasan

JAKARTA: Sebuah pesawat jenis MA60 milik syarikat penerbangan Merpati Nusantara tergelincir ke dalam tanah berlumpur di Lapangan Terbang Haji Asan Sampit, daerah Kotawaringin Timur, Kalimantan Tengah pada Sabtu petang.

Kesemua 60 penumpang dan enam anak kapal pesawat itu dilapor selamat dalam kejadian pada pukul 3.45 petang itu.

Pesawat yang baru mendarat ketika itu sedang bergerak di landasan dan ketika membelok ke arah lain, ia mengambil laluan tepi menyebabkan tayar sebelah kirinya tergelincir dari landasan dan terperosok ke dalam tanah berlumpur, kata jurucakap Lapangan Terbang Haji Asan Sampit.

Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, Jawa Timur.

Berikutan kejadian itu, lapangan berkenaan ditutup sementara kerana ada bahagian landasan itu yang terhalang oleh pesawat Merpati itu.

Sepanjang tempoh lapangan terbang itu ditutup, semua penerbangan yang dijadual mendarat di situ dialihkan ke Lapangan Terbang Tjilik Riwut, Palangkaraya di Kalimantan Tengah dan Lapangan Terbang Syamsudin Noor, di Kalimantan Selatan, kata jurucakap itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain