suria

Sejuta Kereta Dijual Di Australia Tahun Lalu

MELBOURNE: Sebanyak 1,008,437 kereta baru dijual di Australia tahun lepas.

Walaupun berlaku sedikit penurunan berbanding 2010, jumlah terkini itu hanya merupakan kali keempat melepasi satu juta. Holden Commodore terlepas kedudukannya sebagai kereta terlaris di Australia, digantikan oleh kereta kecil Mazda 3.

Ketua Eksekutif Dewan Persekutuan Industri Automotif Ian Chalmers berkata jualan kereta sebanyak satu juta itu dijangka tidak boleh dicapai pada awal 2011 memandangkan negara dilanda banjir dan siklon. Kekurangan bekalan juga akibat tsunami dan gempa bumi di Jepun.

"Keyakinan pengguna pulih dengan baik pada separuh kedua 2011 dan saya umumkan hari ini bahawa jualan kenderaan di Australia pada 2011 berjumlah 1,008,437," kata Chalmers yang dipetik Australian Associated Press sebagai berkata demikian kepada pemberita pada Khamis di Sydney.

Jumlah berkenaan lebih rendah berbanding pada 2010 yang berjumlah 1,035,574 dan turun bagi keseluruhan rekod yang dicatatkan pada 2007 iaitu sebanyak 1,049,982.

Chalmers berkata terdapat peningkatan trend terhadap kereta kecil.

Sebanyak 41,429 buah Mazda 3 dijual berbanding 40,617 Holden Commodores.

Toyota Hilux merupakan kereta kedua jualan terbanyak diikuti oleh model Corolla dan Holden Cruze.

Artikel Sebelum

Artikel Lain