suria

Rekahan Ditemui Pada Sesetengah Jet A380

MELBOURNE: Qantas berkata rekahan yang ditemui pada sayap sesetengah jet A380 tidak mengancam para penumpang yang mengembara menggunakan jet superjumbo itu.

Rekahan itu, kurang dari satu sentimeter, ditemui pada satu jet A380 Qantas yang sedang dibaiki di Singapura.

"Tiada tindakan segera perlu diambil oleh pengendali A380 kerana rekahan itu tidak memberi risiko terhadap keselamatan penerbangan," kata seorang jurucakap wanita Qantas dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Qantas sedang memeriksa pesawat A380 yang lain dan membaiki kerosakan yang ditemui.

Pengeluar A380, Airbus yang berpangkalan di Eropah berkata masalah itu tidak mencukupi untuk menghentikan operasi A380, sambil menyatakan syarikat penerbangan seluruh dunia telah diberitahu mengenai isu itu dan meminta dilakukan pemeriksaan tetap pesawat dan memerhatikan isu rekahan dan penyelenggaraan yang lain.

"Garis panduan rasmi sedang dibangunkan oleh Airbus yang kemungkinan memerlukan pengendali A380 memeriksa sayap pesawat berkenaan setiap empat tahun," kata Qantas dalam kenyataannya.

Qantas berkata ia akan mematuhi garis panduan itu sepenuhnya sebaik ia diterbitkan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain