suria

Keretapi Itali Nafi Terdapat Iklan Berunsur Perkauman Dalam Iklan

ROME: Sistem landasan keretapi tempatan di Itali telah menghapuskan gambar sebuah keluarga berkulit hitam dalam kelas termurah dalam perkhidmatannya sambil menafikan tuduhan terdapat unsur perkauman dalam iklannya.

Syarikat keretapi tempatan itu dalam kenyataannya berkata, Rabu, gambar tersebut telah dikeluarkan sehari lebih awal berikutan kritikan yang diterima terhadap iklan mereka yang menyiarkan sepasang suami isteri dan anak-anak yang menunjukkan ciri-ciri bukan rakyat tempatan sedang duduk di kelas 'standard', kelas termurah di belakang kelas eksekutif, bisnes dan premium.

Syarikat keretapi itu juga menegaskan pelancongnya adalah masyarakat Itali yang berbilang etnik dan bersifat terbuka termasuklah kumpulan etnik tersebut yang sering mengikuti kelas-kelas perjalanan lain.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain