suria

Isteri Suspek Pengeboman Bali Dipenjara 27 Bulan

JAKARTA: Sebuah mahkamah di Indonesia pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara 27 bulan terhadap isteri suspek paling dikehendaki dalam insiden pengeboman Bali 2002 kerana melanggar undang-undang imigresen.

Mahkamah Daerah Timur Jakarta mendapati Ruqayyah Husein Luceno, 32, yang juga warga Filipina melakukan kesalahan kerana menggunakan data peribadi palsu untuk memperoleh pasport Indonesia.

Luceno dan suaminya, Umar Patek ditahan di bandar Abbottabad, Pakistan pada 25 Januari tahun lalu sekaligus menamatkan buruan pengganas paling dikehendaki di Asia Tenggara.

Patek didakwa merancang pengeboman di Bali yang mengorbankan 202 orang awam.

Kes tersebut masih menunggu untuk dibicarakan.

"Defendan didapati bersalah kerana melanggar undang-undang dengan memberi maklumat palsu kepada imigresen," kata Hakim Suharjono.

Luceno dan suaminya berkunjung ke Pakistan pada Ogos 2010 dan ditahan lima bulan kemudian.

Artikel Lain