suria

Pengangguran Di Sepanyol Capai Tahap Tertinggi Dalam Tempoh 15 Tahun

MADRID: Pengangguran di Sepanyol telah mencapai tahap tertinggi dalam tempoh 15 tahun Disember lalu sekaligus menjadi cabaran terpenting kepada kerajaan konservatif yang baru dipilih oleh rakyat.

Berdasarkan data terkini yang dikeluarkan kerajaan, jumlah mereka yang mendaftar untuk memperolehi pekerjaan telah meningkat kepada 4.42 juta orang.

Ia adalah jumlah tertinggi sejak kerajaan mula memperkenalkan program pendaftaran kerja pada tahun 1996.

Kerajaan baru Sepanyol pimpinan Perdana Menteri Mariano Rajoy telah berikrar untuk memerangi pengangguran dan menyelesaikan krisis ekonomi serta kewangan sebagai keutamaan.

Rajoy mengangkat sumpah sebagai perdana menteri 22 Disember lalu sebulan selepas Parti Popular pimpinannya memenangi pilihan raya umum dengan majoriti yang besar menumpaskan pemerintahan lapan tahun Parti Sosialis.

Situasi di Sepanyol jauh berbeza dengan Jerman iaitu ekonomi terbesar Eropah yang menyaksikan kadar penganggurannya telah mengucup dan mencatat angka terendah dalam tempoh 20 tahun.

Jumlah penganggur di Jerman telah turun sebanyak 263,000 orang dengan angka terkini hanya berjumlah 2.976 juta orang.

Artikel Lain