suria

Obama Tinggalkan Hawaii Untuk Washington

HONOLULU: Presiden Barack Obama berlepas dari Hawaii pada Isnin selepas bercuti di kepulauan tersebut menuju kembali ke Rumah Putih sebelum kumpulan pengundi di Iowa membuang undi memilih calon berpotensi negara mereka untuk pilihan raya November ini.

Penglibatan paling ketara Obama dalam kempen pilihan raya ialah dengan menyertai kempen Demokrat Iowa secara langsung melalui internet pada malam Selasa, di mana kumpulan pengundi boleh mengundi untuk calon presiden mereka.

Presiden Obama menghadapi kemelut terhadap rekod ekonomi negara tersebut dan menghadapi saingan sengit, terutamanya dari Mitt Romney yang menjadi calon pilihan untuk memenangi pencalonan parti mewakili Republikan. - AFP

Artikel Lain