suria

Mayat Wanita Dipercayai Dibunuh Ditemui Di Estet Ratu Elizabeth

LONDON: Pihak polis secara rasmi telah membuka kertas siasatan mengenai satu kes pembunuhan selepas penemuan mayat seorang wanita di salah sebuah estet kepunyaan Ratu Elizabeth II pada hari pertama tahun baru.

Mayat wanita itu ditemui di kawasan hutan yang terletak dalam Estet Sandringham milik Istana seluas 8,000 hektar oleh orang awam yang sedang berjalan-jalan.

Estet tersebut terletak di timur England.

"Keadaan mangsa mencadangkan bahawa dia telah menjadi mangsa pembunuhan dan pihak polis kini sedang melihat kes laporan kehilangan ahli keluarga sesiapa," kata Ketua Penyiasat Jes Fry, dari balai polis Norfolk.

Estet itu menjadi tempat keluarga diraja menghabiskan cuti hujung tahun dan Krismas tetapi kali ini percutian mereka terganggu oleh keuzuran Putera Philip, iaitu suami Ratu yang berusia 92 tahun.

Artikel Lain