suria

Letupan Meriam Di Vietnam, Dua Terbunuh

HANOI: Meriam peninggalan Era-Perang Vietnam telah meletup di tengah ibu kota Vietnam, menyebabkan dua terkorban dan mencederakan dua yang lain.

Pegawai polis, Nguyen Thanh Hoai berkata seorang lelaki yang sedang memotong meriam tersebut untuk besi buruk di tepi lebuh raya di wilayah Binh Thuan meninggal dunia di tempat kejadian berikutan letupan yang berlaku, Isnin.

Beliau berkata ledakan tersebut membunuh seorang pembonceng motosikal manakala seorang lagi rakannya cedera.

Beliau, pada Selasa berkata, serpihan letupan turut mencederakan seorang mangsa yang lalu di kawasan tersebut dengan lori.

Menurut perangkaan yang ditunjukkan kerajaan Vietnam, letupan meriam telah membunuh lebih daripada 42,000 orang sejak perang berakhir pada tahun 1975.

Artikel Lain