suria

Dermawan Pendidikan, William Carey Meninggal dunia

BALTIMORE: Pengasas firma pengurusan pelaburan yang berpusat di New York, William Polk Carey, yang juga terkenal kerana telah mendermakan berjuta-juta dolar untuk membantu sekolah-sekolah perniagaan di universiti di Maryland dan Arizona, telah meninggal dunia pada usia 81.

Pengasas Yayasan W.P. Carey meninggal dunia, Selasa, di hospital di West Palm Beach, Florida.

Dikatakan pengasas dan pengerusi firma pelaburan WP Carey & Co ini juga menubuhkan Yayasan Filantropik pada tahun 1988.

Laporan Baltimore Sun menyatakan Carey telah memberikan wang sejumlah AS$30 juta kepada Sekolah Undang-Undang University Maryland pada bulan April kerana penghormatan yang diterimanya.

Beliau juga membuat wasiat untuk menderma sebanyak AS$50 juta pada tahun 2006 kepada Universiti Johns Hopkins untuk mengasaskan Sekolah Perniagaan Carey.

Beliau juga pernah memberi AS$50 juta kepada Arizona State University untuk mengasaskan sekolah perniagaan.

Artikel Lain