suria

Perbicaraan Hosni Mubarak Disambung Semula

KAHERAH: Perbicaraan kes Hosni Mubarak disambung semula meskipun spekulasi pembebasan anggota polis baru-baru ini yang cuba membunuh sekumpulan penunjuk perasaan di Mesir mungkin menjadi titik permulaan pengguguran dakwaan ke atas pemimpin yang digulingkan itu.

Mubarak menghadapi pertuduhan bersuhabat dalam pembunuhan melibatkan lebih 800 penunjuk perasaan yang menggulingkan pemerintahannya pada tahun lalu.

Pemimpin berusia 83 tahun itu terpaksa diterbangkan ke sebuah mahkamah di Kaherah dari sebuah hospital dengan menggunakan helikopter pada Isnin.

Mahkamah pada Khamis membebaskan lima anggota polis yang didakwa membunuh lima penunjuk perasaan Februari lalu.

Turut sama dibicarakan adalah dua anaknya, Gamal dan Alaa, bekas Pegawai Keselamatan beliau dan enam pegawai polis.

Artikel Lain