suria

Iran Berjaya Uji Peluru Berpandu

TEHRAN: Iran berjaya menguji peluru berpandu dalam satu latihan tentera lautnya di Perairan Teluk dalam usaha untuk membuktikan mereka mampu menyekat kemaran Israel dan Amerika Syarikat (AS) jika wilayah itu diserang.

Pengumuman itu dibuat selepas kuasa Barat mendakwa Iran sedang menjalankan aktiviti untuk mencipta bom atom.

Tehran bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengancam untuk menutup Selat Hormuz jika kuasa Barat meneruskan sekatan ke atas eksport minyak mentahnya.

"Kami telah menguji peluru berpandu yang dinamakan sebagai Qader yang mengenai sasaran di Perairan Teluk," kata Timbalan Komandernya, Mahmoud Mousavi.

Terdahulu, Iran berkata, mereka akan menguji dua peluru berpandu, Qader dan Nour sebagai ugutan kepada Israel dan AS.

Menurut Mousavi, beberapa pemerhati dari Arab dan Syria akan menghadiri latihan tentera lautnya pada hari terakhir nanti.

AS mengenakan sekatan ke atas eksport minyak mentah Iran.

Ketika mengulas mengenai ancaman penutupan Teluk Hormuz, AS berkata, ia tidak akan menjejaskan kegiatan perdagangan di Negara Teluk.

AS dan Israel tidak akan melancarkan perang ke atas Iran sekiranya negara tersebut gagal menyelesaikan pertikaian mengenai senjata nuklear dengan kuasa Barat itu.

Iran berkata, mereka tidak berhasrat untuk menutup Selat Hormuz.

"Tiada arahan dikeluarkan berhubung penutupan Selat Hormuz. Namun, kami bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan, " kata Ketua Tentera Laut Iran, Habibollah Sayyari.

Artikel Lain